Tuesday 2 October 2012

Ukhuwah fillah abadan abada :)

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum ;D 
Ini bukan kisah dongeng atau fantasi, ini kisah realiti. Mulanya aku berfikir, masih adakah manusia yang mahu jadikan aku sebagai sahabat setelah aku berhijrah? Mungkin ada sesetengah daripada mereka akan berasa janggal. Tapi sungguh Allah permudahkan segalanya ;) Aku temui mereka, sahabatku hingga syurga, in sha Allah ;')


Buat kali pertamanya hang out berniqab, dengan Nadiah sayang <3 hihi. Seriously rasa macam sangat dihormati :') Allahu Rabbi, Maha Besar Allah. Aku rasa bersyukur dengan nikmat islam yang Allah berikan sejak aku masih dalam kandungan ibu. Tambahan dengan adanya sahabat seperti mereka ;D Indah tak terkata. Moga ukhuwah fillah ini sampai bila-bila till Jannah. Allahumma aaminnn ;) 
Sesampainya kiteorang di bandar Kluang, ecehh. Terus pergi mekdi. Sahabat saya dua orang ni lapar, baru balik tusyen. Tapi masa mula pergi mekdi, mmg penuh sampai takda meja kosong dah. Then we decided, pergi beli kain dulu, untuk buat tudung. 
Setelah penat berjalan, kitaorang rehat duduk kejap depan parkson. Sempat lagi bergambar, hihi. Orang yang lalu lalang memang pandang hairan je ;p Tapi buat endah tak endah je, hehehehe. Boleh ke macamtu? ;O
Kitaorang memang omey kan? Hihi. Semua makhluk Allah sememangnya indah belaka. Cantik dari pelbagai segi, berbeza. Tapi tetap hamba-NYA. Jadi, jangan mudah takbur atau riak dengan pinjaman yang diberi ni. Cuma sementara, nanti semua kecantikan kita akan pudar sedikit demi sedikit tetapi akhlak takkan pudar jika sentiasa dipelihara imannya ;) in sha Allah. Kenapa tiba-tiba cakap pasal ni? haha. Selit kejap. Okay sambung, 
I loveeeee this picture, and I love this girl so much :) My dear Nadiah, hihi. Gambar ni candid k? ;D But still omey ;p hehehehehe, kidding. 
Sarahhhh. hehehe. Tanpa camera awak, takdelah gambar untuk kenagan kita haritu ye ^^ jasamu ku kenang. hihi. Nanti kalau keluar lagi, jangan lupa bawa camera tau? ;D
Boleh bagitahu, kenapa ukhti dalam ni begitu comel? ;p hihi. menggedik kejap, but seriously, betul lah kan? hehehehe. So to my dear future zauj, i'm your future zaujah <3 
Takda ayat sebenarnya, cause I don't have any ideas for this. Kelu pula tiba-tiba. Mungkin sebab mood tidak begitu baik. Tapi yang ini pun boleh lah kan? ;D 
Gambar yang terakhir, thank you to Sarah. Aku sangat bersyukur atas semua pemberian Allah ini. Sahabat yang sentiasa di sisi, yang sentiasa mengingatkan aku soal agama. Ana uhibbukum fillah hatta fil Jannah <3 Ukhuwah fillah abadan abada. Jangan lupa diriku ini, Nur Hidayah binti Rahmat. Lots Of Love, from me.

p/s: Aku belum berniqab. Ini hanya satu percubaan. Dengan izin Allah, satu hari nanti aku akan berniqab. Pray for me. Moga aku dapat istiqomah masa tu. 

2 comments: