Thursday, 27 September 2012

Cinta Ilahi :')

Assalamualaikum w.b.t. Ini permulaannya. Harap diriku bisa istiqomah. Mohon bantuan dan doa dari kalian wahai sahabatku :> Jahilnya aku dulu, hanya tinggal sejarah. Jangan memandang aku yang dulu kerana aku tidak hidup di sana lagi. Aku, berdiri di sini dengan azam yang baru. Dulu aku tiada 'iman'. Bila berbuat dosa, sering leka. Ibarat dunia ini tiada penghujungnya, malah dianggap kekal selamanya. Nah, aku lupa. Lupa akan Pencipta ku. Sesampainya masa yang digempar-gempurkan, dunia ini akan ditamatkan kisahnya. Masa itu, adakah aku yakin bahawa amalan ku sudah cukup untuk dibawa lalu dihitung di akhirat kelak. Sudah tentu tidak! Aku pendosa. Jijiknya aku ibarat sampah yang berkulat dimamah dek bermacam jenis serangga. Hinanya aku! Sering kali hati ini ingin berubah dan kembali ke jalan-Nya, tapi hasutan syaitan selalu menjadi ikutan. Iman ku tinggalkan, mengejar nafsu serakah yang nikmatnya cuma secupak jika nak dibandingkan dengan nikmat akhirat yang segantang. Marahkan diri sendiri, tapi tetap tidak berubah. Manusia lemah yang hanya mampu bercakap tanpa mengotakannya. Mungkin aku akan bangun dari tidur ini sekiranya ku tahu betapa aku bergelumang dengan dosa. Senangnya aku menari riang di permukaan bumi Allah ini, walhal aku tahu balasan yang akan menimpaku kelak. Malah, balasan yang aku bayangkan itu berganda lebih hebat! Mampu? Mampukah aku menanggung siksa? Sedangkan hati disakiti kerana cinta manusia pun aku tidak mampu untuk menanggung, apatah lagi ini. Astaghfirullahalazim.... Ya Rabbi, aku memohon keampunanmu ;(

Tuesday, 25 September 2012

Ehem ehem,

Assalamualaikum.
Ismi, Nur Hidayah Binti Rahmat. Kaifa halukum?

Friday, 14 September 2012

Testing.

Bissmillahirahmanirahim.....
Ma Fi Qalbi Ghairullah. Subhanallah. Allahuakbar. Laa hau lawala kuw wata illa billahil'ali yil azimm